Home » Langkah Demi Langkah Hantar Barang ke Korea Selatan Guna BerkatPos

Langkah Demi Langkah Hantar Barang ke Korea Selatan Guna BerkatPos

Nak hantar barang ke Korea Selatan tapi tak pasti macam mana nak mula? Sama ada anda seorang seller online, peniaga kecil-kecilan, atau nak kirim barang untuk kawan atau keluarga di Korea, BerkatPos boleh jadi pilihan mudah dan jimat. 

Dalam artikel ni, kami kongsikan langkah demi langkah lengkap – dari semak barang apa boleh hantar, sampai cara track parcel anda. Jangan risau kalau baru pertama kali guna, panduan ni sesuai untuk beginner dan seller berpengalaman. Jom kita mula!

Apa yang Penerima Perlu Ada?

Sebelum anda hantar barang ke Korea Selatan, pastikan penerima di sana ada beberapa maklumat dan dokumen penting. Antaranya:

Nama penuh seperti dalam ID

Untuk elak masalah semasa penghantaran atau pelepasan kastam

Alamat lengkap dalam bahasa Inggeris

Pastikan termasuk poskod, daerah, bandar, dan negeri

Nombor telefon Korea yang aktif

Untuk dihubungi oleh kurier semasa penghantaran

Kad pengenalan Korea (jika diperlukan untuk custom clearance)

Khusus untuk barang bernilai tinggi atau melebihi threshold cukai

Kod Pelepasan Kastam Peribadi (PCCC)

Wajib untuk semua penghantaran kepada individu di Korea – tanpa kod ini, barang akan sangkut di kastam

Senarai barang yang dihantar (shipping list)

Perlu diisi dalam fail Excel yang disediakan oleh pihak BerkatPos/DHL – biasanya mengandungi butiran seperti nama barang, kuantiti, dan nilai.

De Minimis Value Korea Selatan (2025):

USD 150 (≈ KRW 200,000)

• Barang dengan nilai di bawah USD150 boleh masuk tanpa dikenakan cukai import atau VAT, jika:

• Ia dihantar kepada individu (bukan syarikat)

• Ia bukan dalam kategori barangan larangan/kawalan (contohnya: makanan, kosmetik, ubat, produk haiwan/tumbuhan)

Apa Itu Kod Pelepasan Kastam Peribadi (PCCC) dan Kenapa Penting?

Kod Pelepasan Kastam Peribadi atau dalam Bahasa Inggeris Personal Customs Clearance Code (PCCC) ialah satu kod khas yang dikeluarkan oleh pihak kastam Korea Selatan kepada warganegara mereka. Kod ini terdiri daripada 12 digit dan bermula dengan huruf ‘P’ (contoh: P123456789012).

Kod ini wajib digunakan bila individu Korea menerima barang dari luar negara, termasuk dari Malaysia. Ia bertujuan untuk:

• Mengelakkan penyalahgunaan nombor ID (IC)

• Memudahkan proses clearance di kastam

• Mengelakkan kelewatan penghantaran atau barang tersangkut

Bagaimana Nak Dapatkan Kod PCCC?

Penerima di Korea boleh mohon PCCC melalui laman rasmi Kastam Korea di sini:

Issuance of personal customs clearance code

Senarai barang yang dihantar (shipping list)

Untuk setiap penghantaran ke Korea, anda perlu sediakan senarai barang lengkap dalam bentuk Commercial Invoice seperti contoh di bawah. Senarai ini wajib diisi dan dihantar bersama parcel anda kerana:

• Kastam Korea perlu tahu apa isi kandungan parcel

• Untuk semakan cukai, kategori produk, dan sekatan import

• DHL atau pihak BerkatPos akan guna dokumen ini semasa customs declaration

Apa yang Perlu Ada dalam Shipping List?

Dalam Commercial Invoice ini, antara maklumat penting yang perlu diisi ialah:

Description of Goods – Nama setiap produk secara jelas (contoh: whitening spray, shawl, contact lens)

Quantity/Unit – Nyatakan berapa unit atau saiz (contoh: 3 pcs, 1g, 4ML/3pcs)

Unit Price – Harga seunit dalam RM

Amount – Jumlah keseluruhan harga bagi setiap item

Contoh barang yang nak dihantar ke Korea Selatan. Ianya boleh disediakan oleh BerkatPos.

Nota:

Dokumen ini biasanya akan diberikan dalam bentuk fail Excel oleh pihak DHL/BerkatPos – anda hanya perlu isi mengikut item yang ingin dihantar.

Kesimpulan

Penghantaran ke Korea Selatan nampak rumit, tapi dengan persediaan yang betul — semuanya boleh jadi lancar. Pastikan anda semak terlebih dahulu jenis barang yang boleh dihantar, sediakan dokumen penting seperti PCCC, dan isi senarai barang dengan teliti. Proses kastam di Korea agak ketat, jadi lebih baik ambil langkah berjaga-jaga daripada barang tersangkut di sempadan.

Nak Hantar Barang ke Korea Selatan?

Gunakan servis BerkatPos – cara mudah, selamat dan mesra poket untuk penghantaran antarabangsa dari Malaysia. Sama ada anda peniaga kecil, penghantar hadiah, atau jualan e-commerce, kami sedia bantu dari A sampai Z.

Layari sekarang di : www.berkatpos.com

Penghantaran antarabangsa jadi lebih mudah bersama BerkatPos!

Tinggalkan Pesanan
Leave a Reply

© 2025 BERKATPOS.COM. HAK CIPTA TERPELIHARA