Home » Waktu Pickup Parcel dan terima barang di BerkatPos

Waktu Pickup Parcel dan terima barang di BerkatPos

Sebaik sahaja parcel barang anda tiba di pejabat kami, kami akan timbang berat barang dan maklumkan kepada anda untuk anda buat pembayaran.

Setelah pembayaran telah dibuat, kami akan memuat naik nombor tracking barang anda di dalam sistem.

Waktu pickup DHL dan FedEx kebiasaannya adalah pada jam 12 tengah hari. Jadi, tim kami biasanya mulakan proses pembungkusan parcel pada awal pagi.

Jika barang anda sempat sampai sebelum DHL dan FedEx pickup, maka sempatlah pos pada hari yang sama. Jika tidak sempat, kami akan bungkus dan pos pada keesokkan harinya.

Jika barang anda sampai pada sebelah petang, anda boleh buat pembayaran terus untuk dapatkan nombor tracking awal dari tim kami. Cuma barang akan dibungkus dan dipos pada keesokkan hari.

Waktu Berkat Pos beroperasi:

Hari : Isnin – Jumaat

Waktu : 9.00 pagi – 6.00 petang

Cuti : Sabtu & Ahad , cuti umum.

Waze : Berkat Global Network

Alamat : 21b, Jln Ekoperniagaan 9, Taman Kota Masai, 81700 Pasir Gudang, Johor

Walaupun pejabat BerkatPos tutup pada hujung minggu, kami tetap ada buat pengeposan pada hari Sabtu.

Jika anda buat pembayaran pada hari Jumaat petang, tim BerkatPos akan proses pembungkusan pada hari yang sama untuk pihak DHL atau FedEx pickup pada hari Sabtu pagi.

Sekiranya barang anda sampai pada hari Sabtu atau Ahad, barang akan diproses untuk pembungkusan dan pengeposan pada hari Isnin.

“Macam mana kalau parcel kami akan tiba di pejabat BerkatPos ketika hari hujung minggu? Kan pejabat BerkatPos tutup?”

Kebiasaanya pihak kurier akan menghubungi BerkatPos dan kami akan berikan cara untuk letakkan barang di tempat yang disediakan di pejabat kami.

Tempat ini Insha Allah selamat. barang kami pun diletakkan di tempat yang sama.

Sebarang pertanyaan, boleh hubungi kami mengikut pautan dibawah

Tinggalkan Pesanan
Leave a Reply

© 2024 BERKATPOS.COM. HAK CIPTA TERPELIHARA