Kepada yang tertanya-tanya boleh ke pos barang ke Indonesia dan berapa kos penghantaran ke sana?
Selain penghantaran ke negara US, UK, Australia dan Singapore, kini BerkatPos juga menawarkan penghantaran ke Indonesia.

Barang dihantar dari pejabat BerkatPos di Pasir Gudang pada 25 Ogos 2022 dan dalam masa 6 hari sahaja barang selamat sampai tiba di Cengkareng, Indonesia dengan menggunakan FedEx.


Penerima berkemungkinan perlu membayar cukai

Apabila barang tiba di Indonesia, berkemungkinan penerima perlu membayar cukai. Pihak kurier akan menghubungi penerima di Indonesia dan pihak BerkatPos juga akan mendapat email seperti contoh gambar diatas.
Ianya secara rawak pihak kastam Indonesia dan kemungkinan penerima tidak perlu bayar.

Gambar diatas ialah contoh tangkap layar bukti bayaran cukai yang perlu dibayar oleh penerima di Indonesia.
Barang apa yang boleh dihantar?
Berdasarkan pengalaman pengguna BerkatPos, barang yang pernah dihantar adalah seperti baju dan barang kereta. Dalam masa seminggu sahaja barang sampai ke Indonesia jika tiada sebarang masalah di pihak kastam.
Bagi anda yang ingin menghantar barang ke Indonesia, boleh hubungi kami terlebih dahulu untuk mendapat kepastian sama ada barang tersebut boleh dihantar ataupun tidak.
Berapa kos hantar barang ke Indonesia?
Anda boleh hubungi kami dan berikan alamat penuh penerima untuk bertanya tentang kos penghantaran ke Indonesia.
Kemungkinan ada beberapa kawasan di Indonesia yang merupakan kawasan pendalaman akan dikenakan caj tambahan.
Kami akan bantu semak dahulu dan beritahu kos penghantaran kepada anda.