Pembetulan alamat bagi penghantaran kepada penerima

Sebelum barang sampai kepada penerima pihak kurier akan hubungi dahulu penerima. Ada juga kes terpencil dimana penerima meminta untuk tukar alamat penghantaran daripada yang asal.

Contohnya alamat asal ke Atlanta, Georgia USA tetapi penerima meminta kurier untuk ubah alamat penghantaran kepada Auburn, Alabama USA.

Pihak BerkatPos akan kenakan caj tambahan RM60 jika berlaku perkara ini. Ianya sangat jarang berlaku tetapi pernah berlaku.

Pihak BerkatPos akan hubungi penghantar bagi memaklumkan caj tambahan bagi situasi ini.