Home » Negara mana yang BerkatPos hantar?

Negara mana yang BerkatPos hantar?

Buat masa ini servis BerkatPos untuk penghantaran ke negara USA, UK, Canada, Australia dan Singapura. Servis ke negara lain boleh ke?

Ini antara persoalan yang selalu pengguna tanya kepada pihak BerkatPos. Jawapannya bergantung kepada barang dan negara mana yang nak dihantar tu.

Tangkap layar diatas adalah sebahagian daripada pengguna yang bertanya. Ada yang hantar order eBay, Bonanza, ETSY, Amazon dan ada juga yang hantar kepada saudara mara.

Anda boleh tanya dengan menyatakan barang apa yang nak dihantar beserta gambar, berapa berat dan juga ke negara mana. Jika boleh mengikut pengalaman BerkatPos kami akan beritahu berapa kos penghantaran.

Biasanya pertanyaan banyak penghantaran ke kawasan pendalaman dan akan dikenakan caj tambahan. Itu semua akan kami semak dahulu dengan sistem.

Kosnya tidak jauh beza dengan kos semasa. Sebagai contoh penghantaran ke Perancis tidak jauh beza dengan penghantaran ke UK.

Negara yang kami hantar selain paparan utama BerkatPos.com ialah Thailand, Indonesia, Jepun, Belgium, Sweden, Korea Selatan dan banyak lagi. Boleh hubungi BerkatPos dahulu untuk sebarang pertanyaan.

Tinggalkan Pesanan
Leave a Reply

© 2024 BERKATPOS.COM. HAK CIPTA TERPELIHARA