Home » Barang Mr DIY yang boleh dijual di eBay

Barang Mr DIY yang boleh dijual di eBay

Barang Mr DIY boleh dijual di eBay ke? Betul tu. Ada juga penjual Malaysia yang sudah jual dan laku di eBay. Biasanya jika barang laku kemudian beli di Mr DIY kemudian hantar barang ke luar negara.

Cawangan Mr DIY pula ada di kebanyakan tempat berhampiran kawasan perumahan seluruh Malaysia.

Ianya sesuai bagi mereka yang baru dan tiada idea untuk jual apa di eBay. Ok mari kita tengok barang apa yang dah terjual

1. Staples

barang DIY boleh dijual di eBay. Sudah 5 pembeli

Sudah 5 unit terjual dengan harga jualan $13.99 USD dan juga $10.00 USD kos penghantaran. Penjual guna kurier ekonomi. Kedai runcit biasa pun ada jual benda ni. Murah rezeki betul penjual dari Bandar Tun Razak ni.

2. Pensil warna Faber-castle

pensil warna faber-castle merupakan barang DIY boleh dijual di eBay

Bagi yang ada anak sekolah tadika dan rendah ini merupakan jenama popular. Ia juga merupakan barang Mr DIY yang boleh dijual di eBay.

Penjual dari Penang ni dah terjual sebanyak 4 unit semasa artikel ini ditulis. Harga jualan $52.56 USD tidak termasuk kos penghantaran.

3. Maggi

Ya ni maggi yang ramai orang Malaysia makan tu. Sudah seunit terjual dengan harga $149.90 USD. Harga sekarang $125.99 USD selepas penjual ini beri diskaun. Itu taktik biasa penjual yang kadang kala beri diskaun.

4. Gam UHU

Biasa kan nampak gam ni. Gam UHU. Penjual dari Simpang Renggam Johor ni berjaya menjual sebanyak 8 unit dengan harga $38 USD untuk 20 tube.

Kecil gam ni jika lihat hanya 7 ml. Di laman website Mr DIY harga seunit baru RM2.60. Maka 20 unit bersamaan RM52.

Harga jualan tolak harga beli barang ini ada baki seratus lebih mengikut kadar tukaran semasa artikel ini ditulis. Ini belum termasuk yuran eBay dan kos penghantaran kepada pembeli.

Apa target anda?

Sebenarnya ada banyak lagi barang Mr DIY yang boleh dijual dan laku di eBay.

Jika rancang untuk jual harga rendah maka kurier ekonomi yang sesuai. Ada beberapa servis seperti Flexipack International dan juga Singapore Post. Ikut logik jual harga rendah maka kadar keuntungan pun rendah.

Jika rancang untuk jual harga tinggi maka salah satu kurier ekspress yang anda boleh gunakan ialah BerkatPos.com. Kebiasaannya jual dengan harga tinggi maka kadar keuntungan pun tinggi.

Barang yang penjual lain sudah terjual anda boleh jual secara pukal terus. Siapa tahu ada rezeki pembeli yang beli dengan banyak dan jual balik barang anda di negara mereka.

Tinggalkan Pesanan
Leave a Reply

© 2024 BERKATPOS.COM. HAK CIPTA TERPELIHARA